JPJ: Tak Benar Tukar Geran kepada VOC Kena Bayar RM50!


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dalam kenyataan rasmi menafikan penyebaran maklumat palsu yang tular menerusi kiriman aplikasi WhatsApp mengenai 'kadar caj RM50' untuk penukaran Geran Kereta (Registration Card, RC) kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate, VOC) sebelum 1 Januari 2020
Diulangi, semua maklumat yang disebarkan itu (seperti contoh di atas) adalah disahkan JPJ sebagai TIDAK BENAR!
JPJ sedang dalam proses Fasa Ketiga penukaran RC kepada VOC secara sukarela, dan semua proses itu adalah PERCUMA sebaik saja dilaksanakan nanti.
Namun, caj RM50 hanya dikenakan untuk salinan VOC (sudah lama dilaksanakan) yang dibuat pemilik atas faktor kehilangan, pindaan butir-butir kenderaan atau lain-lain mengikut tatacara sedia ada.
Justeru, JPJ menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang tiada sumber sahih. Ini kerana sebarang maklumat akan diuar-uarkan dan dimaklumkan menerusi media rasmi JPJ seperti pautan di bawah ini:

Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/
Twitter: JPJ_Malaysia
https://twitter.com/jpj_malaysia


评论